CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 30, 2009

acces

Fungsi microsoft access adalah untuk membolehkan kite membina pangkalan data dimana ia mempunyai id yang tersendiri.
Untuk membina pangkalan data, pertama sekali perlulah membuka microsoft access, kemudian klik pada

  • blank database
  • taipkan nama fail (satu perkataan dan huruf kecil cthnya pelajar)
  • klik create
Dalam kelas teknologi dan inovasi (praktikal), saya telah diajar untuk membuat pangkalan data dimana saya perlu membina
  • jadual (table)
  • borang (form)
  • pertanyaan (query) dan
  • laporan (report)
Langkah pertama: membina jadual

untuk tugasan access, saya telah diminta untuk membina 3 jadual iaitu peribadi, kokurikulum dan akademik

Untuk membina jadual,
  • double klik pada add new field
  • namakan column
taipkan column dengan:
  • nama
  • ic
  • alamat
  • nama bapa
  • pekerjaan bapa
  • gaji bapa
  • nama ibu
  • pekerjaan ibu
  • gaji ibu
  • no tel mobil
untuk gaji bapa dan ibu, pastikan anda menukar data type kepada "currency"
kemudian, klik save dan namakan jadual sebagai "peribadi"
Untuk menutup (close) jadual yang telah dibuat, hanys klik kanan pada" table1" dan klik close.

Untuk membina jadual baru, klik Create dan klik Table

Langkah yang sama dilakukan untuk membina jadual bagi kokurikulum dan akademik
dimana field yang perlu dimasukkan dalam jadual kokurikulum adalah
  • nama
  • ic
  • alamat
  • unit beruniform
  • kelab
  • sukan 1
  • sukan 2
manakala untuk akademik pula,
  • nama
  • ic
  • alamat
  • BM
  • BI
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pend Islam
Langkah kedua: membuat relationship

Unruk memastikan setiap jadual kan dihubungkan diantara satu sama lain, relationship perlu dibuat. Cara-caranya adalah:
  • klik Database Tools
  • klik relationship
  • kemudian akan keluar show table
  • klik setiap table
  • klik add
Apabila semua table (peribadi, kokurikulum dan akademik) sudah keluar, highlight ID di peribadi dan tarik ke ID kokurikulum dan lepaskan. Klik Create.kemudian highlight ID kokurikulum dan tarik ke ID akademik. kemudian klik Create.

Langkah ketiga: membina borang (forms)

Untuk membina borang,
  • Klik pada Create
  • Klik More Forms
  • Pilih Form Wizard
  • Klik table peribadi, klik >> untuk masukkan kesemua data
  • kemudian, klik pada kokurikulum dan masukkan data selain daripada nama, ic dan alamat dan klik >. Begitu juga dengan table akademik.Masukkan nama matapelajaran dan klik>
  • klik Next
  • Pilih layout yang anda suka dan klik Next
  • Pilih style yang anda suka dan klik Next
  • Namakan borang
  • klik Finish
Apabila borang telah keluar, isikan borang anda dengan data 20 orang pelajar. Data yang anda telah isi didalam borang akan automatik keluar di setiap jadual yang telah dibina sebelum ini.

Langkah keempat: membina pertanyaan (query)

Untuk membina jadual dari pertanyaan,

  • klik Create
  • Klik Query Wizard
  • Pilih Simple Query Wizard
  • Klik Ok
  • Pilih data daripada jadual yang anda inginkn (contohnya nama, IC dan alamat dari table peribadi)
  • klik >
  • kemudian pilih table kokurikulum dan masukkn data unit beruniform
  • klik >
  • klik Next
  • Taipkan tajuk pertanyaan. contohnya "pertanyaan ahli kadet polis"
  • klik Finish
Apabila keluar data pertanyaan, data yang keluar adalah tidak tepat dimana nama semua pelajar dalam semua unit beruniform akan keluar.Untuk melihat ahli kadet polis sahaja,
  • klik Home
  • klik View
  • Di baris Criteria dan di bawah column Unit beruniform taipkan "kadet polis"
  • klik save
Hasilnya, akan keluar jadual yang menunjukkan nama ahli kadet polis sahaja

Langkah kelima: membina laporan (report)

Selepas membuat pertanyaan, anda boleh membuat laporan berdasarkan pertanyaan yang telah dibina. Caranya ialah:

  • Klik Create
  • Klik Report Wizard
  • Pilih pertanyaa ahli kadet polis
  • Masukkan kesemua field dan klik>>
  • klik Next
  • anda boleh pilih susunan yang anda suka
  • klik Next
  • Anda pilih layout yang anda suka
  • Klik Next
  • Pilih style yang anda suka
  • klik Next
  • Taipkan nama laporan anda "laporan ahli kadet polis"
  • klik Finish
Dah selesai tugasan Access......

Monday, March 9, 2009

BLOG

Saya juga telah mempelajari cara-cara untuk membina blog sendiri.Disini saya sertakan langkah-langkah untuk membina blog seperti yang telah saya lakukan.

Taipkan blogger di ruangan search dan klik pada blogger dan paparan seperti dibawah akan keluar











Klik pada CREATE A BLOG dan paparan berikut akan keluar










Seterusnya anda perlulah membina Google account dengan mengisi ruangan yang telah disediakan.Selesai mengisi, anda klik pada Continue dan paparan seperti dibawah pula akan keluar dimana anda perlu menamakan blog anda.Kemudian klik Continue.









Seterusnya anda bolehlah memilih template yang anda gemari dan bolehlah post kan refleksi yang penting. Selain itu anda juga boleh memasukkan gadget dengan cara:
klik pada customize
klik pada add gadget
anda boleh pilih gadget yang anda sukai untuk diletakkan pada blog anda.

SPIN UKM

Untuk melayari spin ukm, anda boleh lah menaip www.spin.ukm.my dan paparan berikut akan keluar













Kemudian anda perlulah masukkan pengenalan dan kata laluan di kotak log masuk.
Selesai memasukkan kata laluan, paparan seperti di bawah akan keluar.












Ia menunjukkan senarai kursus, dan apabila kita klik pada kod kursus, maklumat berkaitan kursus tersebut akan keluar seperti nota kuliah, kerja kursus maklumat pensyarah dan sebagainya (seperti dibawah)

Friday, March 6, 2009

membina booklet melalui aplikasi microsoft word

Selain dari membuat brochure, kami juga telah mempelajari membuat booklet menerusi microsoft word. Booklet juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang menarik selain daripada fungsinya sebagai buku program. Di sini, saya sertakan langkah-langkah untuk membuat booklet dengan menggunakan microsoft word:

Apa yang perlu anda lakukan?

Langkah-langkah:

  • klik menu page layout di bahagian atas
  • klik pada margin
  • pilih custom margin
  • dialog box akan keluar dan di bahagian multiple pages, pilih book fold
Anda bolehlah menaip kandungan untuk booklet anda. Di samping itu, anda boleh masukkan header atau footer. Caranya adalah:

  • klik pada menu insert di bahagian atas
  • anda akan dapati menu header, footer dan page number
  • klik pada menu yang anda ingin masukkan dan pilih pattern yang anda sukai
Anda juga boleh memasukkan gambar dengan cara yang sama dimana anda klik pada insert dan pilih picture. Anda browse pada mana-mana fail tersimpannya gambar yang anda ingin
masukkan dan klik ok. Disini saya sertakan
tugasan booklet yang telah saya siapkan.