CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 6, 2009

membina booklet melalui aplikasi microsoft word

Selain dari membuat brochure, kami juga telah mempelajari membuat booklet menerusi microsoft word. Booklet juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang menarik selain daripada fungsinya sebagai buku program. Di sini, saya sertakan langkah-langkah untuk membuat booklet dengan menggunakan microsoft word:

Apa yang perlu anda lakukan?

Langkah-langkah:

  • klik menu page layout di bahagian atas
  • klik pada margin
  • pilih custom margin
  • dialog box akan keluar dan di bahagian multiple pages, pilih book fold
Anda bolehlah menaip kandungan untuk booklet anda. Di samping itu, anda boleh masukkan header atau footer. Caranya adalah:

  • klik pada menu insert di bahagian atas
  • anda akan dapati menu header, footer dan page number
  • klik pada menu yang anda ingin masukkan dan pilih pattern yang anda sukai
Anda juga boleh memasukkan gambar dengan cara yang sama dimana anda klik pada insert dan pilih picture. Anda browse pada mana-mana fail tersimpannya gambar yang anda ingin
masukkan dan klik ok. Disini saya sertakan
tugasan booklet yang telah saya siapkan.


0 comments: